~Kisahku Untukmu~

About Me

My Photo
port klang, selangor, Malaysia
NAMA DIBERI MUHAMMAD IFWAT BIN MOHD RIF'AH..LAHIR TAHUN 1991. PENGALAMAN HIDOP MEMATANGKAN PEMIKIRAN KITA...LUASKAN MINDA KITA !!

Tuesday, 12 April 2011

MULA MENGENAL ERTI SABAR DAN TABAH

ILMU untuk diriku dan kawan2 sekalian...

* UJIAN itu adalah KEHIDUPAN *
1) Kata Abusaif : Kehidupan kita ini tidak dapat lari dari ujian-ujian Allah kerana ujian itulah sebenarnya kehidupan kita..
Redha itu perit, Tapi Imbalannya Manis
2) Kata Umar Abdul Aziz : Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’

Wasiat Luqman Alhakim
‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’

1) Pertama seperti wasiat Luqman al-Hakim lagi kepada anaknya “Wahai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan sahaja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu memberi kesengsaraan”..

2) Kedua biarlah apa yang diperlakukan orang terhadap kita, selagi keyakinan kita pada Allah selagi itulah hidup kita bahagia....

Amin. amin. ya Rabbal a’lamin... Daripada kata2 ini aku mula sedar betapa indahnya jika sikap REDHA & SABAR ada dalam diri ini...
...>>>> Manusia. selalu lupa akan azab Allah. Bila ditimpa musibah n kesusahan, baru lah nak ingat Allah. itu ape yg selalu aku buat. Selalu sgt. Kadang2 rase mcm diri nie tak layak sgt nak meminta ape2 lagi dr Allah.
Tapi aku hambaNya. Keampunan Dia yg aku dambakan. Ampuniku Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang......

Thursday, 7 April 2011

Foto Sambutan bezday NENEK ~~

INI LAH FOTO2 SEMASA MENYAMBUT BEZDAY MY GRANNANNY! 
SEMOGA PANJANG UMO & MURAH REZEKI NEKK ,
I LUV U NENEK !!~~






INILAH MY NENEK ~~












Wednesday, 6 April 2011

KASIH MEREKA SUNGGUH BERNILAI

kasih siapa yang sungguh bernilai bagi korang selepas allah dan nabi ?
agak2 nyerr... siapa yang korang pilih?
IBU , AYAH , PASANGAN ?
emmm ,,


bagiku , kasih kedua IBU dan ABAH sungguh bernilai di dunia ini ,
ak mengaku , ak adalah lelaki yang pernah berkasar kepada kedua orang tua ku .
ak selalu merungut dengan hidop ku .
ak tidak pernah puas dengan kehidopan yang mereka berikan kepada ku.
ak selalu menarik muka , berkasar kepada mereka .
tapi, itu adalah sewaktu pintu hatiku belum terbuka .


dulu, ak pernah mengalami kemalangan ,
effect dari kemalangan itu ,  ak telah patah tulang di bahagian peha .
IBU ku, telah menjagaku sepanjang ak berada di wad hospital .
ketika itu , ak tidak mampu berdiri ..
ak umpama mayat hidop yang begelimpangan ..
ak menyangka , kudrat ku untuk berjalan telah di ambil tuhan ..
rupa nya , allah memberi kan ak peluang sekali lagi ..
untuk ak sembuh dari kesakitan ini ,
ak perlu menjalani pembedahan memasukkan besi di peha kanan ku ini ..
waktu ak di hospital , ak mengalirkan air mata ku ini, melihat ibuku bersusah payah menjaga ku..
ak sedih , ak sayu , melihat ak telah menyusahkan ibuku untuk menjagaku ..
IBU , kau xpernah mengeluh waktu itu..
kau tak pernah memarahi ku waktu itu , 
sedangkan kau tahu itu adalah kesalahan ku ini ,
ak begitu tersentuh , ibu sentiasa menjaga segala keperluan ku sepanjang ak berada di hospital..
ak terdengar, selesai sahaja solat, engkau pasti akan memohon akan kesihatan ku ini ,
ak berasa serba salah ketika itu , ak merasakan ak adalah anak yang tidak berguna waktu itu ,
ak telah menyusahkan engkau menjaga diriku ini..


saat waktu ak perlu menjalani pembedahan ,
ak merayu kepada tuhan , agar kau berikanlah ak peluang sekali lagi ,
untuk ak membalas segala jasa2 mu wahai IBU dan ABAH .
ternyata , allah memakbul kan doa ku itu ,


ak menjalani kehidopan sebagai orang cacat selama 4 bulan ,
bulan pertama , ak tidak mampu berjalan ,
ak hanya baring dan terduduk ,
IBU dan ABAH ku yang telah menjaga ak ,
memberi ak makan minum , sehingga kan ,
memandikan ak , ak begitu menghargai pengorbanan mereka ,

bulan kedua dan ketiga , 
ak perlu menjalani rawatan fisio ,
waktu itu , ABAH ku adalah orang yang selalu menjadi tulang belakang kepada ku ,
ABAH ku sentiasa memberi ak semangat ,
ak umpama bayi yang baru hendak belajar berjalan ..
ak teguhkan semngat ak supaya ak dapat menggembirakan kedua IBU dan ABAH ku ini,
akhirnya ,
masok bln keempat , ak telah mampu berjalan seperti biasa ,
ak telah di beri peluang untuk menjalani hidop sekali lagi ,
ak sedar , peluang ini untuk ak menunaikan tanggung jawab ku kepada kedua IBU dan ABAH ku ,


kini , skali lagi ak terpaksa menjalani pembedahan ,
tapi , ak takot untuk melakukan nya ,
besi yang berada di kaki ku ini , perlu di buang semula ,
ak takot untuk menyusahkan IBU dan ABAH ku sekali lagi ,
ak tidak mahu , mereka bersedih , melihat ak di katil wad ,
tapi , apakan daya , ak perlu melakukan nya , 
supaya ak menjadi normal semula ,


IBU dan ABAH ,
engkau telah banyak bersusah payah dalam cabaran membesarkan ku ini ,
kau telah bekerja siang dan malam ,
hanya untuk memberi kami adik beradik kehidopan yang lebih sempurna ,
kau selalu berpesan kepada kami adik bradik ,
jadilah orang yang berguna kelak ,
apabila mereka sudah tiada lagi ,


tidakkk... ak tidak tahu , adakah ak mampu menghadapi nya ,
ak hanya mampu berdoa ,
supaya ALLAH sentiasa memanjangkan umur mereka ,
kau lindungilah mereka , sihatkanlah tubuh badan mereka ,
YA ALLAH , kau ampunkan lah dosa2 mereka ,
kau berikanlah ak kesempatan ,
untuk ak membalas semua jasa mereka YA ALLAH ,
berilah ak kesempatan berbuat demikian YA ALLAH ,







BILA CINTA - lirik

Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Yang ku sambut itu dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi tinggalkanku
(Korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan
Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Ku kan setia di mana tempatmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu
(Korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan
(Korus)
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hinggaku terjatuh
Dalam harapan.. Dalam harapan..

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN - LIRIK


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan
Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan